Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Contohnya, masyarakat Cina dilayan secara teruk dan kasar serta direndahkan oleh tentera Jepun berbanding dengan orang Melayu dan orang India. Keadaan ini berlaku disebabkan Jepun pernah berperang dengan negara China sebelum ini yang menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain yang masih segar dalam ingatan masyarakat pada masa kini. Oleh sebab itu, layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang Melayu dan Cina.
Dasar Pecah dan Perintah laitu dasar penjajah barat yang diamalkan telah menyebabkan berlakunya rusuhan kaum di Tanah Melayu. Konsep pecah dan perintah ini merupakan satu tindakan yang telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum, sama ada dari sudut ekonomi.polarisasi etnik dan penempatan kaum. Contohnya, orang Cina tinggal di bandar-bandar untuk menjalankan perniagaan mereka dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dimana kaum Cina memiliki aset yang tinggu dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Selain itu, orang Melayu tinggal di luar bandar dan bekerja sebagai petani atau nelayan kecil-kecilan. Manakala, orang India kebanyakkannya bekerja di ladang sebagai buruh kasar kerajaan. Pada hakikatnya, kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaan ini menyebabkan status ekonomi masyarakat bumiputera terutamanya orang Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Akhirnya, corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
Rusuhan tersebut berpunca daripada tindakakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina,yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk. Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkang kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang until menggulingkan Perdana Mentari, Tunku Abdul Rahman. Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarnnya. Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu ' coup d"etta' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu. Beliau berpendapat rusuhan itu adalah perbuatan ' samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut. Sebagai contoh, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di Kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis and tentera yang boleh di persoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan peisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan
telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi ketujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan,Minggu bahasa kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail.Selain itu, masalah di sebaliknya laitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan lancar. Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain. Tanpa disedari, amalan yang sedang dilakukan ini sedang menuju ke arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat membimbangkan. Realiti yang melanda Yugoslavia hendaklah dijadikan sebesar-sebesarnya pengajaran. Contohnya, Yugoslavia adalah negara dimana terdapat pelbagai kumpulan etnik yang saling membenci antara satu sama lain.
Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu, terdapat juga yang beragama Kristian . Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dan sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak pekara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Setiap kaum mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing. Sebagai contoh, umat Islam akan bersembahyang lima kali sehari dan orang Cina akan membakar " kertas kuning" untuk menghalau roh semasa " bulan hantu mengikut kepercayaan". Sesetengah budaya tidak dapat diterima oleh kaum yang lain. Sebagai contoh, pembakaran " kertas kuning" menyebabkan sesetengah masyarakat yang berpenyakit respirasi seperti asma mengalami kesukaran dan pembakaran tersebut juga mengotorkan halaman rumah jiran-jiran yang terdekat. Selain itu, setiap kaum juga menggunakan bahasa sendiri untuk bergaul antara sama lain. Perbezaan bahasa ini akan menimbulkan prasangka antara kaum. Penganut Islam dilarang makan daging babi dan penganut Hindu dilarang makan daging lembu. Amalan pemakanan ini akan menyebabkan masalah jika terdapat jiran yang tersalah beri makanan tersebut. Perselisihan faham ini akan kemudiannya mencetuskan pergaduhan.

Comments
Post a Comment