Skip to main content

(4) Peristiwa rusuhan kaum yang pernah berlaku di Malaysia.

(a). Rusuhan Pulau Pinang (1957)
Peristiwa ini terjadi pada 2 Januari 1957, beberapa bulan sebelum Tanah Melayu merdeka. Peristiwa ini bermula bila pihak British memberikan status Bandar Raya pada George Town dan perkara ni dapat banyak reaksi dari pelbagai pihak.
Bila diadakan sambutan menyambut pegiktirafan ini, UMNO tak datang atas sebab-sebab politik. Jadinya, perarakan yang dijalankan tu hanya melibatkan orang Cina dan takde orang Melayu yang sertainya. Tapi sebenarnya dah ada khabar angin sebelum tu yang kata orang Melayu akan cuba menyekat dan suraikan sambutan itu.

George Town diiktiraf sebagai Bandar Raya pertama di Tanah Melayu. Imej asal dari penang-discovery.com
Masalah mula timbul bila kereta polis yang escort kat bahagian depan perarakan buat u-turn bila nak buat siasatan kat tempat lain. Tapi diorang yang berarak tu dah salah faham dengan tindakan polis tu, dengan ingat yang orang Melayu dah serang dari belakang. Maka berlakulah suasana panik, huru-hara dan rusuhan.
Seorang inspektor polis berbangsa Cina dah cedera kat kepala, bila dia diserang guna kapak oleh sekumpulan perusuh Cina. Ketika tu dia cuba mempertahankan beberapa orang Melayu yang dikepung. Hasilnya dia terpaksa lepaskan tembakan sehingga sebabkan seorang cedera dan seorang mati. Kesan dari peristiwa itu, dilaporkan 4 terbunuh dan 48 cedera.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      (b). Rusuhan Pangkor (1959)
Menurut Laporan MAGERAN, konflik antara orang Melayu dan Cina di Pulau Pangkor memang dah lama ada. Terutamanya melibatkan samseng Cina dan samseng Melayu. Masalah dan konflik bermula bila berlakunya pergaduhan antara seorang Melayu dan seorang Cina kat Sungai Pinang, Pulau Pangkor.
Pergaduhan tu merebak sampai jadi pergaduhan kaum, tapi keadaan masih terkawal bila polis berjaya patahkan rusuhan. Sehari lepas tu, seorang imam masjid kat situ buat satu mesyuarat dan cadangkan orang Melayu buat kawalan keselamatan. Keadaan tu dah disalah anggap oleh orang Cina sampai buatkan diorang panik dan bawa senjata.

Keadaan Kuala Lumpur masa 13 Mei 1969. 
Orang Melayu pun mula panik dan buat perkara yang sama. Hasilnya berlakulah rusuhan yang mengorban kedua-dua pihak. Kerajaan lepas tu ambil tindakan perintah berkurung pada Pulau Pangkor yang mana orang tak boleh keluar atau masuk dari pulau tu.
Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan beberapa orang menteri lain, pun datang melawat Pulau Pangkor. Mereka datang untuk bagi nasihat kat masyarakat kat situ supaya bertenang, supaya dapat kekalkan keamanan dan keharmonian di pulau tersebut. 
(c). Rusuhan Bukit Mertajam (1964)
Kejadian ni pulak jadi bila berlakunya pergaduhan antara seorang Melayu dan seorang Cina kat pasar Bukit Mertajam. Akibatnya berlakulah pergaduhan antara kumpulan Melayu dan kumpulan Cina kat sana. Akibatnya seorang Melayu dan seorang Cina yang tercedera.
Keadaan bertambah parah bila orang Melayu yang cedera tu meninggal pulak keesokan harinya. Maka terjadilah rusuhan, serang-menyerang dan bakar membakar. Dilaporkan seorang Cina terbunuh dan beberapa lagi cedera.

Sekarang pasar Bukit Mertajam dah aman & takde gaduh-gaduh lagi. Imej asal dari Penang Monthly.
Kerajaan lepas tu ambil tindakan perintah berkurung kat Bukit Mertajam selama 10 hari bermula dari 14 Julai 1964. Laporan katakan yang rusuhan ni takde kaitan dengan mana-mana parti politik, tapi ajen konsi gelap dipercaya bertanggungjawab menakutkan masyarakat untuk kutip wang perlindungan
(d). Rusuhan Pulau Pinang (1967)
Pada Jun 1967, Malaysia dah perkenalkan matawang baru (mula-mula dipanggil sebagai M$ kemudian ringgit) disamping mata wang lama (Malaya & British Borneo Dollar). Maka lepas tu pada November 1967, nilai Pound British turun, jadi mata wang lama pun turun sekali. Tapi matawang Ringgit yang baru tak jatuh.
Keadaan ni dah buatkan rakyat marah, apatah lagi ramai sebenarnya yang hidup dalam kemiskinan. Mengikut Laporan MAGERAN, pihak komunis dah gunakan peluang ni untuk bangkitkan perasaan anti penurunan nilai mata wang, tunjuk perasaan haram dan menghasut rakyat. 

Laporan Berita Harian pada 20 November 1967. 
Mereka pilih Pulau Pinang sebab perasaan perkauman senang sangat muncul kat negeri tu. Akibatnya, berlakulah pertempuran antara orang Melayu dan Cina kat negeri itu. Dilaporkan 29 terbunuh dan 200 cedera akibat rusuhan tersebut. 
Kat sini kita boleh tengok macam mana kebanyakan rusuhan terjadi akibat salah faham, perasaan tak percaya dan perkauman yang tebal hingga membuatkan bencana yang besar kepada negara dan bangsa.
Kesemua rusuhan ini dianggap sebagai titik permulaan pergaduhan kaum di Tanah Melayu/Malaysia. Pergaduhan ini akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila peristiwa 13 Mei 1969 mengambil tempat.Begitulah kisahnya bagaimana salah faham dan sikap perkauman yang tinggi boleh menyebabkan kematian dan hilangnya sifat kemanusiaan.

Comments

Popular posts from this blog

(3) Kesan-kesan isu rusuhan kaum

(1)    Sosial Daripada segi impak sosial,kita dapat melihat bahawa wujudnya salah faham dan pandangan yang buruk terhadap kaum yang lain kerana wujudnya sikap perkauman.Sikap perkauman akan memecah-belahkan kaum tetapi akan memberi kesan dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.Jikalau jangka masa yang pendek,contohnya orang melayu tidak akan diberi peluang pekerjaan kerana kebanyakan perniagaan ini dikuasai oleh masyarakat cina.Isu ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati antara kaum masyarakat.Selain itu,jangka masa yang panjang dimana akan mengundang perasaan yang teruk dan lebih mendalam yang membawa kepada isu rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang memberi impak dan keancaman terhadap struktur sosial di negara kita dan juga akan menyebabkan rakyat tidak dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. (2)    Ekonomi Perpecahan kaum di Malaysia daripada ekoran keruntuhan struktur sosial akan menye...

Bagaimanakah cara penyelesaiannya agar masalah perkauman ini dibendung?

                                  Selamat sejahtera kepada sekalian yang melawati blog ini. Kami(Durga Dewi,Sarewin dan Thanes) ingin membentangkan tentang isu rusuhan kaum sering di Malaysia . Ini merupakan projek e-folio DUB 2012 laitu subjek  Nilai Masyarkat Malaysia.  Disini kami akan menerangkan tentang isu-isu negatif perkauman di Malaysia yang perlu dibendung untuk mengelakkan masalah hubungan etnik dan kaum (1) Objektif -  Memupuk semangat patriotisme dalam diri sendiri dan juga generasi muda seperti bak kata pepatah "bersatu teguh,bercerai roboh". - Meyenaraikan punca-punca yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum. - Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.     (2) Pengenalan     Malaysia salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum , merujuk sejarah...