(1)
Sosial
Daripada segi impak sosial,kita dapat melihat bahawa
wujudnya salah faham dan pandangan yang buruk terhadap kaum yang lain kerana
wujudnya sikap perkauman.Sikap perkauman akan memecah-belahkan kaum tetapi akan
memberi kesan dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.Jikalau
jangka masa yang pendek,contohnya orang melayu tidak akan diberi peluang
pekerjaan kerana kebanyakan perniagaan ini dikuasai oleh masyarakat cina.Isu
ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati antara kaum
masyarakat.Selain itu,jangka masa yang panjang dimana akan mengundang perasaan
yang teruk dan lebih mendalam yang membawa kepada isu rusuhan kaum seperti
peristiwa 13 Mei 1969 yang memberi impak dan keancaman terhadap struktur sosial
di negara kita dan juga akan menyebabkan rakyat tidak dapat hidup dengan
harmoni di bawah satu bumbung.
(2)
Ekonomi
Perpecahan kaum di Malaysia
daripada ekoran keruntuhan struktur sosial akan menyebabkan aktiviti ekonomi
tidak dapat berjalan dengan lancar dan status ekonomi negara akan
terjejas.Perkara ini mengakibatkan negara akan mengalami kerugian di mana
perbelanjaan melebihi pendapatan negara.Hal ini demikian apabila berlaku
rusuhan kaum ,kerajaan Malaysia terpaksa membelanjakan wang untuk membawa
keamanan kepada negara sendiri pada masa yang sama,pendapatan negara telah
berkurang disebabkan ekonomi yang terbantut.Selain daripada itu,pelabur-pelabur
akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau ia akan menyebabkan
kerugian dan pelabur asing yang berminat untuk melabur di Malaysia juga akan
membatalkan hasrat mereka.
(3)
Politik
Dalam sejarah Malaysia, telah dicatatkan bahawa Tunku Abdul
Rahman, Tun V-T Sambanthan dan ahli-ahli politik kaum yang lain mendapatkan
kebebasan negara Malaysia dengan membuktikan kepada kerajaan British yang
berada di Tanah Melayu dimana rakyat mampu bersatu padu di bawah satu
pentadbiran. Pekara ini disetujui oleh pihak British kerana atas sebab ini,
kita diberi kemerdekaan dan sebab itu juga negara kita dipandang tinggi kerana
rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum namun, jika berlakunya isu rusuhan
kaum ia akan mencemarkan nama baik negara yang menunjukkan negara sendiri akan
gagal dalam menyatupadukan penduduk Malaysia malah menjadikan keadaan yang
lebih teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti negara
sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi. Contohnya,
sifat perkauman akan mengancam kestabilan politik dan keamanan negara jika
dibiarkan berterusan. Antara peristiwa yang pernah berlaku ialah mengalami
peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum pada hari 13 Mei 1969 yang
menyebabkan keadaan menjadi darurat yang diisytiharkan di seluruh negara kita.
Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan kerana melibatkan golongan manusia
yang mempunyai beberapa ciri kesamaan budaya yang cuba mempertahankan golongan
masing-masing dan menindas kaum lain pada masa yang sama. Oleh sebab itu,
banyak organisasi politik dan sosial di negara kita, dibentuk berdasarkan garis
perkauman atau etnik. Di samping itu ,terdapat kaum-kaum minoriti yang
tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan,pekerjaan dan peluang
pendidikan. Contohnya, terdapat kaum yang lain tinggal jauh daripada kemajuan
sebagai contoh kaum Negro dimana sebahagian daripada mereka tinggal di kawasan
mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak asli di Australia dan kaum kulit
hitam di Afrika Selatan. Kesimpulannya, rasisme akan mengakibatkan keganasan
dan pembunuhan secara besar-besaran seperti yang telah berlaku ke atas
kaum Yahudi di Jerman semasa permerintahan Hitler.
-Kesan utama isu rusuhan kaum
(1) Kesan Penjajahan
Kesan penjajahan merupakan antara faktor utama tercetusnya
konflik di Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan tanah air
selama 40 tahun, namun impak penjajahan pihak Barat laitu pihak British masih
segar dalam minda setiap rakyat Malaysia. Seterusnya, dasar pemerintahan
British yang berkonsepkan pecah dan perintah telah mengasingkan tiga gologan
utama bangsa di Malaysia laitu kaum Melayu, Cina dan India.
(2) Kesan
Dasar Kolonial
Dasar kolonial yang mengenai
imigrasi,pelajaran,pentadbiran,ekonomi,tanah,bahasa dan kebudayaan telah
meninggalkan impak yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar imigrasinya yang
bebas telah mengubah komposisi penduduk di negara Malaysia. Dasar ekonominya
telah menyebabkan timbulnya pengkhususan peringkat ekonomi mengikut etnik dan
pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka kerana kegiatan ekonomi yang
berlainan.
(3) Pendidikan
sebagai alat penting
Penjajah barat tidak menghiraukan tentang pendidikan untuk
menjadikan ia sebagai alat penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbagai
etnik. Namun, penjajah Inggeris telah menitikberatkan pendidikan Bahasa
Inggeris kepada segelintir rakyat terutamanya golongan yang berada demi
kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan orang Melayu dilakukan secara
tidak formal dimana mereka akan di ajar di pondok,istana dan surau. Selain itu,
sistem pendidikan mereka berteraskan agama masing-masing tetapi orang-orang
bukan Melayu tidak dipedulikan langsung pada ketika itu.Oleh sebab itu, orang
Cina dan India terpaksa menanggung perbelanjaan mereka sendiri untuk
persekolahan dan diri sendiri. Pada suatu masa, perkembangan pendidikan yang
tidak terkawal ketika itu telah menimbulkan sikap dan orientasi politik yang
berbeza. Akhirnya, melalui dasar dan pentadbiran, penjajah Inggeris telah
meninggalkan kesan psikologi yang meluas di dalam kalangan rakyat dengan
menanam prasangka dan tanggapan yang jelas.
(4) Mempengaruhi
fikiran sikap penjajah
Penjajah Inggeris berjaya mempengaruhi sikap rakyat Tanah
Melayu supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai golongan yang
mempunyai aras yang tinggi. Sebaliknya, prasangka dan tanggapan negatif yang
dipandang rendah dan dihina namun pekara ini telah menghalang wujudnya
kerjasama dan persefahaman dalam kalangan mereka tetapi boleh menimbulkan
syakwasangka dan perasaan benci di kalangan. Akhir sekali, semua kesan ini
sukar untuk dikikis biarpun kita telah lama dalam kongkongan penjajah barat.
Comments
Post a Comment