Selamat
sejahtera kepada sekalian yang melawati blog ini. Kami(Durga Dewi,Sarewin dan Thanes) ingin membentangkan tentang isu rusuhan kaum sering di Malaysia . Ini merupakan projek e-folio DUB 2012 laitu subjek Nilai Masyarkat Malaysia. Disini kami akan menerangkan tentang isu-isu negatif perkauman di Malaysia yang perlu dibendung untuk mengelakkan masalah hubungan etnik dan kaum
(1) Objektif
(1) Objektif
- Memupuk semangat
patriotisme dalam diri sendiri dan juga generasi muda seperti bak kata pepatah
"bersatu teguh,bercerai roboh".
- Meyenaraikan punca-punca yang
menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum.
- Menghuraikan cabaran dan kekangan
dalam usaha untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.
(2) Pengenalan
Malaysia salah
satu negara yang mempunyai pelbagai kaum , merujuk sejarah beratus-ratus tahun
dahulu.Masyarakat kita terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna
kulit,agama dan bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri.Keadaan
pluraliti masyarakat yang berjaya di alaf baru ini untuk mengekalkan
keamanan dan perpaduan yang menyebabkan ketegangan. Perpaduan amat penting
supaya tenaga menyumbang untuk memajukan negara dapat disalurkan untuk
memajukan negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari
pelbagai kaum. Seterusnya, peristiwa 13 Mei 1969 mencerminkan rakyat Malaysia
belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama walaupun
sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat Malaysia yang
mewujudkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Isu-isu yang
perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek
pengunaan bahasa,dimensi agama,tingkah laku sosial,
perlakuan fizikal,sektor
perkerjaan,pembuatan buli,penulisan dan literature dan rasisme. Selain itu,
hubungan kaum yang mantap perlu ada dalam kalangan rakyat yang mempunyai
kepelbagaian dari segi agama, bahasa dan kaum. Persoalan hubungan kaum
perpaduan amat penting bagi menwujudkan kestabilan politik dan pembangunan
negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Isu-isu ini tidak boleh
dibahaskan,didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa
kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas
hati. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif melibatkan perlakuan merendahkan
kaum lain serta mepertikaikan hak kaum di Malaysia. Isu-isu perkauman boleh
mengugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum yang akan mewujudkan suasana
prasangka, menghilangkan semangat toleransi dan menimbulkan suasana tidak aman
serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Oleh sebab itu, rakyat
Malaysia perlu menerapkan ajaran moral dalam diri dan membina jati diri yang
kukuh untuk membendung masalah perkauman yang membawa impak kepada negara
sendiri agar imej negara kita tidak terjejas dan meningkat di persada dunia.
3) Punca-punca masalah perkauman
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah
dilayan secara berbeza-beza. Contohnya, masyarakat Cina dilayan secara teruk
dan kasar serta direndahkan oleh tentera Jepun berbanding dengan orang Melayu
dan orang India. Keadaan ini berlaku disebabkan Jepun pernah berperang dengan negara
China sebelum ini yang menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama
lain yang masih segar dalam ingatan masyarakat pada masa kini. Oleh sebab itu,
layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang
Melayu dan Cina.
Dasar Pecah
dan Perintah laitu dasar penjajah barat yang diamalkan telah menyebabkan
berlakunya rusuhan kaum di Tanah Melayu. Konsep pecah dan perintah ini
merupakan satu tindakan yang telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum,
sama ada dari sudut ekonomi.polarisasi etnik dan penempatan kaum. Contohnya,
orang Cina tinggal di bandar-bandar untuk menjalankan perniagaan mereka
dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dimana kaum Cina memiliki
aset yang tinggu dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Selain itu, orang Melayu
tinggal di luar bandar dan bekerja sebagai petani atau nelayan kecil-kecilan.
Manakala, orang India kebanyakkannya bekerja di ladang sebagai buruh kasar
kerajaan. Pada hakikatnya, kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah
bercorak sara diri. Keadaan ini menyebabkan status ekonomi masyarakat
bumiputera terutamanya orang Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Akhirnya,
corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah
menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
Rusuhan tersebut berpunca daripada tindakakan provokasi penyokong
pembangkang yang didominasi kaum Cina,yang merayakan kejayaan mereka dalam
pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk. Bagaimanapun,
pihak pembangkang telah menyangkang kebenaran versi tersebut. Terdapat
teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang until menggulingkan
Perdana Mentari, Tunku Abdul Rahman. Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi
batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.
Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka
peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarnnya. Dr
Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu ' coup d"etta' atau
rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika
itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada
aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu. Beliau berpendapat
rusuhan itu adalah perbuatan ' samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli
politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut. Sebagai contoh,
kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru"
pada 13 Mei untuk berkumpul di Kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis and
tentera yang boleh di persoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa
yang sedang berlaku.
Isu bahasa juga
tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei.
Berikutan peisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan
Persekutuan
telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk
mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang
diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967
kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi ketujuan memperluaskan
penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa
Kebangsaan,Minggu bahasa kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksaan
penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail.Selain itu, masalah di sebaliknya
laitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan lancar.
Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan
kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang
digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang
antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu
sama lain. Tanpa disedari, amalan yang sedang dilakukan ini sedang menuju ke
arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat membimbangkan. Realiti yang melanda
Yugoslavia hendaklah dijadikan sebesar-sebesarnya pengajaran. Contohnya,
Yugoslavia adalah negara dimana terdapat pelbagai kumpulan etnik yang saling
membenci antara satu sama lain.
Kaum Melayu
sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama Buddha, Lao-Tza,
Taoisme, Conficius manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu, terdapat
juga yang beragama Kristian . Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang
tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi
akibat dan sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak pekara yang
dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.
Setiap kaum mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing. Sebagai contoh,
umat Islam akan bersembahyang lima kali sehari dan orang Cina akan membakar
" kertas kuning" untuk menghalau roh semasa " bulan hantu
mengikut kepercayaan". Sesetengah budaya tidak dapat diterima oleh kaum yang
lain. Sebagai contoh, pembakaran " kertas kuning" menyebabkan
sesetengah masyarakat yang berpenyakit respirasi seperti asma mengalami
kesukaran dan pembakaran tersebut juga mengotorkan halaman rumah jiran-jiran
yang terdekat. Selain itu, setiap kaum juga menggunakan bahasa sendiri untuk
bergaul antara sama lain. Perbezaan bahasa ini akan menimbulkan prasangka
antara kaum. Penganut Islam dilarang makan daging babi dan penganut Hindu
dilarang makan daging lembu. Amalan pemakanan ini akan menyebabkan masalah jika
terdapat jiran yang tersalah beri makanan tersebut. Perselisihan faham ini akan
kemudiannya mencetuskan pergaduhan.
Comments
Post a Comment